Friday, August 15, 2014

SEDAR

Today is Friday
As usual every Muslim men will go to the mosque during the zuhur to perform the solat Jumaat
and here i have a story of mine about today's solat Jumaat
Hm i don't think for it to be a story but just an opinion of mine about what happen during i went to the mosque earlier

Izinkan aku menulis dalam bahasa Melayu kerana aku lebih selesa dengannya
Hari Jumaat hari ni adalah seperti hari-hari Jumaat yang biasa
Kami bersiap-siap dan terus ke masjid sebelum berkumandangnya azan Zuhur untuk mendapatkan berkat daripada Illahi dan juga supaya jalan tidak sesak sepanjang perjalanan ke sana

“ Barang siapa yang mandi hari jumaat dan menyuci ( kepalanya ), lalu bersegera dan bergegas, dan mendekati imam, dan mendengarkan khutbah serta diam, maka dia akan mendapatkan pada setiap langkahnya bagaikan pahala amalan satu tahun, termasuk pahala puasa dan pahala solat malam. “
( Hadis Shohih Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasai )

Tibanya di masjid itu seperti biasa ramai yang akan mengambil wuduk sebelum duduk di dalam masjid
Setelah aku mengambil wuduk aku pon masuk ke dalam masjid dan duduk di bawah kawasan yang terdapat kipas supaya tidak berpeluh sepanjang khatib membaca khutbah
Tidak lama selepas duduk azan pon berkumandang menandakan masuknya waktu zuhur
Setelah habisnya azan aku melihat ramai muslim yang bangun menunaikan solat sunat tapi aku hanya duduk selamba buat tak tahu je
Tiba-tiba aku tersedar sesuatu
Mereka ini solat kerana hendak mencari keredhaan Tuhan yang Maha Esa
Aku teringat kata-kata yang sering dikatakan semasa sekolah dulu
" kita buat solat sunat ni sebab kita nak top up balik apa yang kita ada kurang dalam solat wajib kita. Kita takkan pernah tahu sama ada solat-solat yang kita lakukan itu diterima ke tak oleh Allah. Jadi banyakkan lah solat sunat "
Ya Allah hinanya aku kerana beranggapan yang solat lima waktu yang aku lakukan itu cukup untuk mendapatkan tempatku di syurga Mu
Entah terima ke tak solat lima waktu aku pon aku tak tahu
Lepas tu sombong tak nak lakukan solat sunat
Hari Jumaat ku berlalu begitu sahaja

Aku bukan nak berlagak pandai ilmu agama dan sudah semestinya tidak ingin mencari populariti
Aku hanya ingin mencari keredhaanNya

Forgive me O Allah
For i have sinned you

No comments:

Post a Comment